12/09/2008

RENCANA : Pemimpin Cina, India dulu lebih hormat hak Melayu

KETIKA negara mula merdeka, 80 peratus warga negara Persekutuan Tanah Melayu adalah orang Melayu. Mereka adalah kaum termiskin dan ketinggalan dalam pelajaran. Kedaifan yang melampau ini cukup memberikan tekanan psikologi kepada orang Melayu sehingga apabila berlaku provokasi di kalangan bukan Melayu menyebabkan berlaku konflik perkauman yang buruk.

Peristiwa hitam 13 Mei akhirnya membawa kepada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Walaupun dasar ini memberi keistimewaan kepada orang Melayu dengan penetapan 30 peratus ekuiti negara perlu dimiliki orang Melayu, sepanjang pelaksanaannya (1970-1990), ia memberikan manfaat cukup besar kepada semua kaum, terutama orang Cina yang menguasai ekonomi negara.

Penetapan 30 peratus ekuiti negara untuk orang Melayu bertujuan melahirkan masyarakat perindustrian dan perdagangan di kalangan Bumiputera menjelang 1990. Bagaimanapun, matlamat ini tidak tercapai sepenuhnya. Mengikut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima (1990), pemilikan dan pengawalan sektor korporat 1990 adalah seperti berikut: Bumiputera 19.6 peratus, bukan Bumiputera 56.7 peratus dan pemilikan asing 23.7 peratus. Pada 2006, pemilikan ekuiti Bumiputera hanya 19.4 peratus sementara kaum Cina terus menguasai lebih 40 peratus ekonomi negara. Anehnya, sudah ada suara yang mahukan 30 peratus untuk Bumiputera itu dihapuskan. Kita tidak hairan jika suara itu datang daripada pihak pembangkang yang kononnya memperjuangkan kesamarataan dan keadilan.

Namun, persoalan timbul apabila ia datang daripada rakan politik Umno yang selama ini turut akur dan menerima pelaksanaan DEB. Kurang jelas apakah persepsi mereka sebenarnya sehingga sanggup menyuarakan sesuatu yang mengguris perasaan orang Melayu. Adakah ia satu bentuk tekanan ke atas Umno atau satu bentuk provokasi liar terhadap orang Melayu?
Lebih daripada itu, konsep ‘ketuanan Melayu’ yang selama 50 tahun sunyi dan tidak dipersoalkan, tiba-tiba menjadi kritikan di kalangan pemimpin bukan Melayu, termasuk di kalangan rakan politik Umno sendiri.Pemimpin bukan Melayu terdahulu mempunyai persepsi yang betul dalam memahami kedudukan orang Melayu. Tun VT Sambathan dan Tun Tan Siew Sin mengkritik ahli politik bukan Melayu ketika itu seperti K L Devaser dan S M Yong yang mempertikaikan hak istimewa yang diberikan kepada orang Melayu dalam Perlembagaan.
Menurut pengkritik terbabit, orang Melayu dijadikan penduduk kelas pertama di negara ini. Benarkah dakwaan itu? Kita cari jawapannya daripada kedua-dua pemimpin bukan Melayu berkenaan.


Sambathan ketika mengambil bahagian dalam perbahasan pada Majlis Perundangan Persekutuan (Julai 1957) berhujah bahawa orang Melayu yang dikatakan rakyat kelas pertama pada hakikatnya hidup dalam keadaan daif.

Beliau memberikan gambaran orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di luar bandar menikmati kemudahan jalan raya yang buruk, bumbung rumah bocor dan tidak mampu mendapatkan khidmat doktor walaupun anak mereka sakit tenat. Beliau bertanya kepada pengkritik, adakah mereka (Melayu) sama ada yang tinggal di kampung atau di bandar memiliki banglo di ibu kota mahupun di Cameron Highlands?

Tan turut sama berhujah membela orang Melayu. Antara lain beliau melontarkan pandangan bahawa orang bukan Melayu jangan terlalu mengharap dan meminta orang Melayu melepaskan apa yang mereka miliki. Beliau berpendapat orang Melayu sangat ketinggalan dalam bidang ekonomi dan perlu dibantu.

Beliau menyifatkan pengkritik bersifat keterlaluan apabila mereka meminta hak istimewa orang Melayu dihapuskan. Beliau berpendapat orang Melayu yang memiliki sifat kebijaksanaan akan dengan sendirinya menghapuskan hak keistimewaan itu apabila sampai masanya nanti.
Apa yang disuarakan oleh kedua-dua pemimpin bukan Melayu itu memang benar. Keadaan orang Melayu sebelum dan pada awal kemerdekaan berada dalam lingkaran kemiskinan. Keadaan mereka bagaikan ‘geluk tinggal di air’. Mereka sangat mengharapkan bantuan. Sehingga 1968, majoriti keluarga Melayu, terutama yang tinggal di luar bandar adalah golongan miskin berpendapatan di bawah $100 sebulan (dolar adalah nilai mata wang ketika itu).
Ramai yang miliki empat hingga 10 orang anak, malah ada yang lebih. Mereka tidak berupaya menyediakan makanan berzat kepada anak-anak menyebabkan peratusan anak Melayu kampung diserang ‘demam kura’ adalah tinggi. Hampir semua negeri mencatatkan penyakit ‘demam kura’ dan di kalangan orang Melayu 46 peratus ke atas.


Kedah dan Terengganu mencatatkan lebih 80 peratus, sementara Kelantan mencatat 91 peratus. Hanya Melaka mencatatkan 21 peratus. Kadar keciciran persekolahan anak Melayu juga tinggi. Pada keseluruhannya keciciran murid Melayu pada peringkat sekolah rendah adalah 40 peratus daripada jumlah murid yang masuk sekolah.

Pada peringkat sekolah menengah pula 10 peratus yang tercicir sebelum menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Walaupun tiada yuran dikenakan pada peringkat sekolah kebangsaan, ibu bapa memikul beban dengan beberapa bayaran seperti yuran peperiksaan, buku teks dan pakaian seragam. Anggaran perbelanjaan murid di sekolah rendah ketika itu ialah $217.50 sementara sekolah menengah $337.50 (Perangkaan Pelajaran Malaysia 1938-1967, DBP,1968).

Bilangan siswazah Melayu dalam bidang penting ketika itu amat rendah. Di Universiti Malaya, bagi 1969/70 siswazah Melayu dalam bidang sains 22 orang, bidang perubatan empat orang dan hanya seorang dalam bidang kejuruteraan.

Dalam buku Peristiwa 13 Mei terbitan Mageran merekodkan statistik orang Melayu dalam pekerjaan profesional hanya 19.2 peratus, sementara orang bukan Melayu 80.8 peratus.
Kesimpulannya, persepsi yang betul di kalangan pemimpin bukan Melayu terdahulu terhadap keadaan orang Melayu serta kefahaman mereka terhadap konsep ‘ketuanan Melayu’ menyebabkan semangat toleransi dan kerjasama tercipta dengan begitu erat di kalangan pelbagai kaum di negara ini.


DEB dapat diterima serta dilihat cara berkesan memenuhi semangat kontrak sosial yang bertujuan mewujudkan keharmonian, solidariti dan keselamatan masyarakat. DEB dilahirkan untuk mewujudkan keseimbangan dalam pengagihan ekonomi negara. Justeru, tidak salah semangat DEB diteruskan dalam Dasar Pembangunan Negara (DPN).

Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan.
Mohd Ayop Abd Razid


(dipetik daripada http://www.notashabery.com)

SINDIRELA : Dulu teman orang Melayu susah sangat nak naik kereta beso. Susah sangat nak naik kapal terbang, apa lagi nak makan-makan kat hotel. Alhamdulillah, sekarang ni teman yang orang Melayu kampung dah boleh dah duduk kat bandar besar. Inilah nikmat yang telah diberikan hasil DEB.

12/08/2008

KECEWA

5 haribulan yang lalu teman bercadang nak melihat Teater Muzikal Sinbad di Istana Budaya. Jadi teman beli tiket untuk teman dan ahli keluarga yang lain. Bila sampai kat Istana Budaya, teman tak sabar-sabar nak menonton teater muzikal yangmelibatkan 80 orang kanak-kanak dan seorang pelakon dewasa-Raja Azura.

Namun apabila tiba dipintu masuk, anak teman yang berumur 1 tahun 7 bulan tidak dibenarkan masuk. Menurut petugas IB, kanak-kanak dibawah 4 tahun tidak dibenarkan masuk. Teman pun hairan mengapa ada peraturan sedemikian. Bukan baru kali ini teman bawa anak teman ke IB. Lagi pun teater ni pun namanya teater muzikal kanak-kanak, so untuk kanak-kanak la. Teman pun jadi 'panas' hati. Teman terpaksa la tunggu kat luar dengan anak kecil teman. 15 minit kemudian, seorang kakitangan IB panggil teman. Dia kata boleh masuk tapi hanya kat bilik menunggu, dan kemudian bari dimasukkan ke dalam dewan. Teman pun ikut la....

Bila masuk ke dalam bilik menunggu tu, masyaAllah, bilik menunggu macam stor. Ada kerusi lama berhabuk di disimpan ditepi dinding, ada sampah di lantai. Tapi teman sabar. dah tunggu lama, teman dan anak teman tak dipanggil-panggil juga. Lalu teman ambil keputusan keluar dan bawa anak tidur kat kereta.

Persoalannya :
1. Apakah rasional anak-anak di bawah umur 4 tahun tak dibenarkan masuk. Kita pun tahu juga, kalau mereka menangis ke, boleh dibawa keluar.
2. Kenapa pula dipertengahan persembahan baru boleh bawa masuk? Inikan menggangu penonton yang lain.
3. Yang teman heran tu, ada pula petugas IB yang bawa masuk kawan atau sedara yang ada anak lebih kecil dari anak teman melalui pintu tepi (bukan pintu utama).
4. Teman fikir, pihak IB jagalah kebersihan dan sediakanlah bilik menunggu yang lebih selesa dan bersih. IB kan panggung bertaraf dunia...
5. Apa yang paling penting ialah layanan petugas IB. Janganlah terlalu serius. Cubalah SENYUM. Bukankah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dah kempen seluruh Malaysia agar Budi Bahasa tetap dijaga. Amalkanlah setiap masa dan di semua tempat.

SINDIR : Budi Bahasa Amalan Kita, Rosak Budi Runtuhlah Bangsa, Rosak Bangsa Runtuh Negara, Rosak Negara....mana nak tinggal?

10/17/2008

JANGAN DERHAKA

Kesian teman lihat cikgu kat Perlis semalam. Dah la sanggup berkorban mencurahkan bakti untuk mendidik generasi menjadi 'manusia' yang berguna, tetapi tidak dihormati. Malah ditendang, dimaki dan dibelasah.

Marah cikgu serupa juga dengan marah emak atau bapa. Agaknya, pelajar 'samseng' tu akan pukul mak bapa sekiranya kena marah kot.

Guru adalah pendidik kita untuk menjadi manusia yang berilmu. Baru-baru ni masa balik kampung, teman ada jumpa bekas cikgu teman masa darjah 4 dulu (1980). Biar dia dah pencen dan teman pun lama tak jumpa, tapi alhamdulillah bila teman kenalkan diri, cikgu tu masih kenal dengan teman. Bekas Guru Besar teman masa sekolah rendah juga sempat teman jumpa. Ya le, kalau bukan mereka, teman tak jadi macam sekarang ni. Kalau bukan cikgu teman yang dah pencen tu, teman tak akan hafal sifir sampai sekarang.

Kepada semua adik-adik atau anak-anak yang masih belajar. Hargailah jasa guru. Marah guru adalah marah untuk menjadikan kita sebagai manusia yang berguna. Jika kita derhaka kepada guru umpama kita derhaka kepada mak bapak.

Oleh itu pesan teman hormatilah guru anda. Kalau bukan mereka, kita tak akan pandai macam sekarang ni.............

10/14/2008

HANGAAAAT.......memilih.....!!

Dalam suasana kehangatan berhari raya ni, teman tengok orang politik pun tengah hangat berpolitik. Maklum sajelah sekarang ni musim pemilihan UMNO.

Teman tengok setiap negeri sibuk nak pilih yang itu, nak pilih yang ini. Ada yang bagi habuan besar, dapatlah dipilih. Yang tiada....maaf je lah.

Namun apa yang teman harap agar pemilihan kali ini biarlah pemilihan yang bijak. Pilihlah mereka yang betul-betul ingin bekerja. Berjuang untuk anak bangsa. Jangan masa ni je nak janji berjuang. Nanti bila dah dapat kecundang.

Apa pun teman nak ucap juga selamat bersidang bagi teman-teman UMNO di semua negeri.

Tak lupa juga dengan parti-parti lain yang tengah sibuk nak buat pemilihan juga. Plih...pilih....jangan tersilap pilih.

9/25/2008

SELAMAT HARI RAYA

Teman gembira juga, mulai hari ni minyak turun seposen lagi. Alhamdulillah.
Senanglah orang macam teman ni dan yang sama waktu dengan teman yang nak balik kampung. Walau sedikit tapi ada juga manfaatnye.

Di kesempatan ni, teman nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua ummat Islam terutama para pembaca blog teman ni. Teman berharap agar semua yang nak balik kampung tu pastikan rumah yang akan ditinggalkan dalam keadaan selamat. Pesan kat jiran-jiran bila kita nak pulang kampung. Tolong tengok-tengokkan rumah. Kalau boleh jangan pesan je, hulurlah sedikit-sedikit apa yang patut. Kuih raye ke, angpau ke dsb.

Satu lagi dalam seronok-seronok tu, jangan lupa bayar zakat fitrah. Ingatlah mereka yang tidak senasib dengan kita. Sekurang-kurangnya dengan zakat yang tak sepertinya dapat menggembirakan mereka yang serba kekurangan.

Teman juga nak minta maaf kat semua pembaca blog sekiranya ada yang terguris hati dengan tulisan teman ni. Ini baru sedikit....maklumlah bulan posa. Tak boleh cakap lebih-lebih.

Anyway, selamat bergembira di bulan Syawal bersama keluarga yang tersayang. Bagi yang tak nak balik tu......baliklah. Ayah dan ibu sedang menanti di kampung. Mereka tak mengharapkan apa-apa selain kehadiran kita dan cucu-cucunya.(yang dah kahwin le).

SELAMAT HARI RAYA, MINAL AIDIL WAL FAIZIN.

9/08/2008

BONUS RAYA

Apa khabo? Tengah posa ni teman pun sebenornye tak larat nak menaip. Tapi tengah dok pikiak pasal hari raya, teman jadi semangat.

Orang gomen dah dapat bonus sebulan gaji. Setengah dapat bulan ni, setengah lagi dapat hujung tahun. Bertuahnye.......

Tapi apa yang teman kisahkan ialah mereka yang kerja swasta, yang tak de kerja dan yang tak berkenaan......he...he..

Ya le, harga barang dah naik. Walaupun minyak dah turun, harga barang lain tetap tak turun-turun. Macam teman ni, dulu masa harga minyak naik, pak lah umum petang, esok pagi tambang bas sekolah dah naik. Tapi bila Pak Lah dah umum harga minyak turun, sampai sekarang tambang tak berubah. Ini le nasib. Bak kata pepatah, kalau dah naik tak boleh turun.....macam beruang le pulak ye.

Apa pun teman harap, semuanye bersabar. Apa yang kita rasai ni ada hikmahnya. Jangan gelabah. Itu perbuatan orang yang tak beriman.

Apa yang penting bukan harga itu naik, harga itu turun. Yang lebih penting ialah adakah kita semakin bijak untuk mengatur langkah bagi meneruskan hidup. Dunia sudah berubah. Lantaran itu, kita juga patut berubah. Berubah dari segi fikiran, berubah dari segi kematangan, berubah dari segi penampilan, berubah dari semua segi.

Hari Raya ni janganlah belanja mengikut sesuka hati. Walaupun ada yang dapat bonus, tapi beringat-ingat. Raya memang setahun sekali. Tapi takkan kerana 2 hari menyambut hari raya dengan meriah, kita sengsara 363 hari lagi......

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA....

MAAF ZAHIR BATIN

8/24/2008

JOM TUNAIKAN HAK ANDA

Tinggal sehari saja lagi pengundi di Permatang Pauh akan turun mengundi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang pun dah bagi cuti pada depa pada hari Selasa. So sindirela harap, ramai-ramailah depa menunaikan tanggungjawab. Pilih betul-betul. Jangan ikutkan perasaan.

Masa depan Permatang Pauh di tangan para pengundi di situ. Pesan Sindirela diharap keputusan yang diambil perlulah bijak. Fikir masa akan datang, jangan fikir masa sekarang. Kekadang ada yang mengundi ni dok tengok perkara yang berlaku di depan mata saja. Harap pengundi yang bijak ni akan memikirkan soal masa depan anak cucu masing-masing.

SELAMAT MENGUNDI - FIKIR2LAH - JANGAN IKUT PERASAAN

8/23/2008

SUMPAH...SESUMPAH

Teman hairan hari ni, sumpah dah jadi main-main. Hari ni bersumpah, esok boleh tarik balik. Ada yang berani bersumpah, ada yang 'takut' bersumpah. nanti kena sumpah baru tau.....

Teman ingat masih kecik-kecik dulu. Takut kena sumpah macam si Tanggang. Kalau lah benda sekarang boleh buat masa dulu, mungkin mak si Tanggang boleh tarik balik sumpah tu. Maka di Tanggang boleh bertukar semula daripada jadi batu. Masa kecik dulu juga teman selalu main sumpah-sumpah ni. Mak teman marah. Katanya sumpah tak boleh buat main-main. Nanti kena sambar dek petir.

Sumpah sebenarnya menunjukkan kesungguhan seseorang untuk menegakkan keadilan. Kalau dia rasa yakin dan tidak bersalah, beranilah bersumpah. Tetapi kalau takut, ha....ada le tu.!

Apa pun teman rasa sumpah-sumpah ni tak boleh buat main-main. Kalau tak turun bala, mungkin boleh jadi macam-macam benda tak elok. Itu lebih baik daripada jadi sesumpah..........

MORAL : JANGAN MAIN-MAIN SUMPAH, ELOK JADI SESUMPAH

Meriah Mengundi di Permatang Pauh

Teman sekarang ni kat Permatang Pauh. Sungguh hebat sekali pertandingan 3 penjuru kali ini. Bukannya apa, menurut ramalan menjelang pilihanraya 26hb nanti dijangka kehadiran 'orang luar' Permatang Pauh antara 35,000 hingga 50,000 orang. Bayangkan....jumlah pengundi je dah lebih 50,000 (itu tak termasuk yang tak mendaftar, bayi, kanak-kanak lagi).

Teman dapat bayangkan pada 26hb nanti, pasti gempak Permatang Pauh. Ye la, dah ramai yang berjalan kaki (kawasan Permatang Pauh tak besar sangat), apatah lagi yang berkereta. Petang tadi, teman jalan-jalan ke kawasan kampung. Punyala sesak. Itu belum bab cerita sebelah malam lagi. Sana sini ada ceramah. Bila ada ceramah, kereta 'parking' tepi jalan. Jalanraya 2 lorong jadi satu lorong.

Itulah kemeriahan kat Permatang pauh ni. Harap-harap bagi kawan-kawan yang nak bercuti atau tengah bercuti di Pulau Pinang ni, awal-awallah balik sebelum 26hb. Memang sesak jalanraya masa itu......

Bagi orang Permatang Pauh, SELAMAT MENGUNDI.

UNDILAH DENGAN BIJAK, JANGAN MENGIKUT PERASAAN....

8/22/2008

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-51


Pejam celik pejam celik dah 51 tahun kita merdeka. Tau ke tema Hari Kebangsaan tahun ni......teman nak bagi tau....ingat betul-betul......PERPADUAN TERAS KEJAYAAN.


Dalam 51 tahun kita merdeka ni, sebagai anak jati Malaysia, teman amat berbangga dengan kemajuan yang kita kecapi sekarang ni. Keamanan yang dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat tidak terdapat di mana-mana negara lain yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum.


Namun ada beberapa puak yang ntah dari mana atau ntah sapa suruh yang cuba menggugat kestabilan perpaduan kita. Teman nak seru semua ni.....(macam tok dukun pulak ye), janganlah dilayan puak-puak yang nak memecah-belahkan kita semua ni. Negara sekarang ni dah elok dah, dah cantik pun, dan aman pun.... cuma kita nak 'touch-up' untuk memperindahkan sahaja lagi. Kita 'update' sikit agar kemajuan dan kemakmuran kita lebih bertambah.


Janganlah lantaran negara kita macam ni terus nak ubah sana, ubah sini. Lu pikir la sendiri....... tak kan kerana cat rumah kita dah pudar atau lantai dah buruk kita terus nak robohkan rumah dan bina yang baru. Cubalah perbaiki dulu, cat balik, lantai yang buruk digantikan, barulah efisien dan logikal.....ehh....!


Apa pun, teman tetap berbangga dengan apa yang teman kecapi sekarang ni. Mohon agar negara teman ni akan sentiasa dilindungi dan diberkati Allah s.w.t. Marilah sama-sama kita mempertahankan kedaulatan negara yang kita cintai ini.


MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !


Mari Jom Cuti..............

Sekarang ni musim cuti sekolah. Ramai rakan pegi bercuti dengan keluarga. Ada yang dari KL ke Kelantan. Ada yang dari Kelantan ke Melaka dan macam-macam lagi.

Menteri Pelancongan kita juga minta agar biar kita bercuti dalam negara sendiri dulu. Tok sah jauh-jauh ke negara orang katanya.

Tapi yang heran tu, pihak hotel di Malaysia ni macam ambil kesempatan pulak. Masa cuti sekolah ni le dia orang nak naikkan 'rate' hotel. Yang heran tu, masa cuti sekolah dan cuti hujung minggu kadar sewa hotel dinaikkan dari harga biasa.

Macam kita ni, bila lagi nak duduk hotel. Masa cuti sekolah ni le ada peluang. Esok kalau dah musim bersekolah, mana boleh duduk hotel............ Apa pandangan teman-teman seperjuanganku. Kalau yang kerja hotel tu lagi bagus juga.

Nak pilih mana?

Permatang Pauh tengah bergolak kempen sana kempen sini. Kita tak tau lagi sapa kan menang. Tapi hakikatnya kita semua telah dikaburi dengan dunia politik. Harga minyak dah turun pun orang tak heran lagi. Asyik dengan kempen je.

Yang hairan tu, ada lagi orang tak faham-faham nak pilih sapa. Kita sepatutnya jangan terpedaya dengan dakyah dan kempen politik ni. Apa yang penting dalam era kemerdekaan yang ke-51 sepatutnya kita harus buka mata. Tak payah berpolitik ntah ape-ape tu. Yang penting kita harus berfikir macamana nak memajukan negara. Macamana nak memajukan keluarga, macamana nak memajukan agama dan macamana nak memajukan diri sendiri.

Kalau asyik dengan caci-maki, carut mencarut di pentas politik ni buang masa je. Tunjuklah kehebatan kita di pentas ekonomi ke, pentas sukan ke atau lain-lain pentas lagi.

Sebagai rakyat Malaysia yang telah merdeka sejak lahir ke dunia, kita harus berfikir macamana nak mempertahankan kemerdekaan, mempertahankan keamanan, mempertahankan kestabilan. Janganlah lantaran berpolitik kita abaikan kesenangan ahli keluarga dan masyarakat sekeliling kita.

Lu fikirlah sendiri..........(pinjam ye Nabil)

8/08/2008

Uiii takut...

Semalam saje je lepak kat Bukit Bintang ngan kekawan. Kita orang lepak kat Bistro, order teh tarik, dengar lagu (ada life band pulak). Habis minum kita orang jalan-jalan kat sekitar Lot 10. Fulamak.....mat-mat Arab tengah buat free show breakdance kat depan maybank tu. Syok tu syok juga. Tapi teman fikir, dia orang macam buat tempat tu macam tempat sendiri. Kekawan lain pun seram juga. Maklumlah kita orang badan kecik, dia orang badan besar.

Yang hairan tu, ramai juga peminatnya. Terkial-kial juga tengah dok cari 'penari' tempatan kita.....tak de juga...takut kot.

Masa tu teman lihat ada production nak buat shooting. So dia orang terpaksa le tunggu habees 'acara' tari-menari tu.

Dalam syok-syok tu ada takut juga. Ye la, tengah berasak tu mana la tau ada malaun yg ambil peluang. Maklum la sekarang ni macam-macam ada.

Lepas tu kita orang lepak kat tepi jalan. Uiiiii......ada juga 'ayam' luar negeri. Hidung punyalah mancung, seksi, paha besar-besar...... rasanye macam kat Delhi pulak. Ada kat sudut tu pulak urut kaki dan badan secara terbuka. Tergelak juga kita orang. Hap'pening' sungguh........

Ok la, tu je teman nak kongsi. Semalam tu saje je jalan-jalan coz 08.08.08 hanya semalam je kita rasa. lepas ni tunggu la 100 tahun lagi.