9/08/2008

BONUS RAYA

Apa khabo? Tengah posa ni teman pun sebenornye tak larat nak menaip. Tapi tengah dok pikiak pasal hari raya, teman jadi semangat.

Orang gomen dah dapat bonus sebulan gaji. Setengah dapat bulan ni, setengah lagi dapat hujung tahun. Bertuahnye.......

Tapi apa yang teman kisahkan ialah mereka yang kerja swasta, yang tak de kerja dan yang tak berkenaan......he...he..

Ya le, harga barang dah naik. Walaupun minyak dah turun, harga barang lain tetap tak turun-turun. Macam teman ni, dulu masa harga minyak naik, pak lah umum petang, esok pagi tambang bas sekolah dah naik. Tapi bila Pak Lah dah umum harga minyak turun, sampai sekarang tambang tak berubah. Ini le nasib. Bak kata pepatah, kalau dah naik tak boleh turun.....macam beruang le pulak ye.

Apa pun teman harap, semuanye bersabar. Apa yang kita rasai ni ada hikmahnya. Jangan gelabah. Itu perbuatan orang yang tak beriman.

Apa yang penting bukan harga itu naik, harga itu turun. Yang lebih penting ialah adakah kita semakin bijak untuk mengatur langkah bagi meneruskan hidup. Dunia sudah berubah. Lantaran itu, kita juga patut berubah. Berubah dari segi fikiran, berubah dari segi kematangan, berubah dari segi penampilan, berubah dari semua segi.

Hari Raya ni janganlah belanja mengikut sesuka hati. Walaupun ada yang dapat bonus, tapi beringat-ingat. Raya memang setahun sekali. Tapi takkan kerana 2 hari menyambut hari raya dengan meriah, kita sengsara 363 hari lagi......

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA....

MAAF ZAHIR BATIN

2 ulasan:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

u semua peniaga supaya petriotik lah. kalau harga minyak dah turun... maka harga barang tu turunlah. nak salahkan sapa lagi.... salahlah diri sendiri yang tamak. tu pemborong tu... maka rakyat kena ramai2 tunjukkan kepada peniaga tamak ni.

tq kerana link dengan otai...

mamat berkata...

ala ni pekara kecik je..apa nak susah-susah ..orang gomen dapat bonus..tu pun sebulan gaji..tu yang keja swasta sampai ada 14 bulan tapi korang tak tau..tak payah nak publish kat paper..yang kesian orang gomen jugak...konon harga barang naik pasal orang gomen naik gaji...naik seciput je..orang dah bising...dah riuh rendah..macam le ayam betina bertelor..he he. he