Kesian teman lihat cikgu kat Perlis semalam. Dah la sanggup berkorban mencurahkan bakti untuk mendidik generasi menjadi 'manusia' yang berguna, tetapi tidak dihormati. Malah ditendang, dimaki dan dibelasah.
Marah cikgu serupa juga dengan marah emak atau bapa. Agaknya, pelajar 'samseng' tu akan pukul mak bapa sekiranya kena marah kot.
Guru adalah pendidik kita untuk menjadi manusia yang berilmu. Baru-baru ni masa balik kampung, teman ada jumpa bekas cikgu teman masa darjah 4 dulu (1980). Biar dia dah pencen dan teman pun lama tak jumpa, tapi alhamdulillah bila teman kenalkan diri, cikgu tu masih kenal dengan teman. Bekas Guru Besar teman masa sekolah rendah juga sempat teman jumpa. Ya le, kalau bukan mereka, teman tak jadi macam sekarang ni. Kalau bukan cikgu teman yang dah pencen tu, teman tak akan hafal sifir sampai sekarang.
Kepada semua adik-adik atau anak-anak yang masih belajar. Hargailah jasa guru. Marah guru adalah marah untuk menjadikan kita sebagai manusia yang berguna. Jika kita derhaka kepada guru umpama kita derhaka kepada mak bapak.
Oleh itu pesan teman hormatilah guru anda. Kalau bukan mereka, kita tak akan pandai macam sekarang ni.............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan