KETIKA negara mula merdeka, 80 peratus warga negara Persekutuan Tanah Melayu adalah orang Melayu. Mereka adalah kaum termiskin dan ketinggalan dalam pelajaran. Kedaifan yang melampau ini cukup memberikan tekanan psikologi kepada orang Melayu sehingga apabila berlaku provokasi di kalangan bukan Melayu menyebabkan berlaku konflik perkauman yang buruk.
Peristiwa hitam 13 Mei akhirnya membawa kepada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Walaupun dasar ini memberi keistimewaan kepada orang Melayu dengan penetapan 30 peratus ekuiti negara perlu dimiliki orang Melayu, sepanjang pelaksanaannya (1970-1990), ia memberikan manfaat cukup besar kepada semua kaum, terutama orang Cina yang menguasai ekonomi negara.
Penetapan 30 peratus ekuiti negara untuk orang Melayu bertujuan melahirkan masyarakat perindustrian dan perdagangan di kalangan Bumiputera menjelang 1990. Bagaimanapun, matlamat ini tidak tercapai sepenuhnya. Mengikut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima (1990), pemilikan dan pengawalan sektor korporat 1990 adalah seperti berikut: Bumiputera 19.6 peratus, bukan Bumiputera 56.7 peratus dan pemilikan asing 23.7 peratus. Pada 2006, pemilikan ekuiti Bumiputera hanya 19.4 peratus sementara kaum Cina terus menguasai lebih 40 peratus ekonomi negara. Anehnya, sudah ada suara yang mahukan 30 peratus untuk Bumiputera itu dihapuskan. Kita tidak hairan jika suara itu datang daripada pihak pembangkang yang kononnya memperjuangkan kesamarataan dan keadilan.
Namun, persoalan timbul apabila ia datang daripada rakan politik Umno yang selama ini turut akur dan menerima pelaksanaan DEB. Kurang jelas apakah persepsi mereka sebenarnya sehingga sanggup menyuarakan sesuatu yang mengguris perasaan orang Melayu. Adakah ia satu bentuk tekanan ke atas Umno atau satu bentuk provokasi liar terhadap orang Melayu?
Lebih daripada itu, konsep ‘ketuanan Melayu’ yang selama 50 tahun sunyi dan tidak dipersoalkan, tiba-tiba menjadi kritikan di kalangan pemimpin bukan Melayu, termasuk di kalangan rakan politik Umno sendiri.Pemimpin bukan Melayu terdahulu mempunyai persepsi yang betul dalam memahami kedudukan orang Melayu. Tun VT Sambathan dan Tun Tan Siew Sin mengkritik ahli politik bukan Melayu ketika itu seperti K L Devaser dan S M Yong yang mempertikaikan hak istimewa yang diberikan kepada orang Melayu dalam Perlembagaan.
Menurut pengkritik terbabit, orang Melayu dijadikan penduduk kelas pertama di negara ini. Benarkah dakwaan itu? Kita cari jawapannya daripada kedua-dua pemimpin bukan Melayu berkenaan.
Sambathan ketika mengambil bahagian dalam perbahasan pada Majlis Perundangan Persekutuan (Julai 1957) berhujah bahawa orang Melayu yang dikatakan rakyat kelas pertama pada hakikatnya hidup dalam keadaan daif.
Beliau memberikan gambaran orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di luar bandar menikmati kemudahan jalan raya yang buruk, bumbung rumah bocor dan tidak mampu mendapatkan khidmat doktor walaupun anak mereka sakit tenat. Beliau bertanya kepada pengkritik, adakah mereka (Melayu) sama ada yang tinggal di kampung atau di bandar memiliki banglo di ibu kota mahupun di Cameron Highlands?
Tan turut sama berhujah membela orang Melayu. Antara lain beliau melontarkan pandangan bahawa orang bukan Melayu jangan terlalu mengharap dan meminta orang Melayu melepaskan apa yang mereka miliki. Beliau berpendapat orang Melayu sangat ketinggalan dalam bidang ekonomi dan perlu dibantu.
Beliau menyifatkan pengkritik bersifat keterlaluan apabila mereka meminta hak istimewa orang Melayu dihapuskan. Beliau berpendapat orang Melayu yang memiliki sifat kebijaksanaan akan dengan sendirinya menghapuskan hak keistimewaan itu apabila sampai masanya nanti.
Apa yang disuarakan oleh kedua-dua pemimpin bukan Melayu itu memang benar. Keadaan orang Melayu sebelum dan pada awal kemerdekaan berada dalam lingkaran kemiskinan. Keadaan mereka bagaikan ‘geluk tinggal di air’. Mereka sangat mengharapkan bantuan. Sehingga 1968, majoriti keluarga Melayu, terutama yang tinggal di luar bandar adalah golongan miskin berpendapatan di bawah $100 sebulan (dolar adalah nilai mata wang ketika itu).
Ramai yang miliki empat hingga 10 orang anak, malah ada yang lebih. Mereka tidak berupaya menyediakan makanan berzat kepada anak-anak menyebabkan peratusan anak Melayu kampung diserang ‘demam kura’ adalah tinggi. Hampir semua negeri mencatatkan penyakit ‘demam kura’ dan di kalangan orang Melayu 46 peratus ke atas.
Kedah dan Terengganu mencatatkan lebih 80 peratus, sementara Kelantan mencatat 91 peratus. Hanya Melaka mencatatkan 21 peratus. Kadar keciciran persekolahan anak Melayu juga tinggi. Pada keseluruhannya keciciran murid Melayu pada peringkat sekolah rendah adalah 40 peratus daripada jumlah murid yang masuk sekolah.
Pada peringkat sekolah menengah pula 10 peratus yang tercicir sebelum menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Walaupun tiada yuran dikenakan pada peringkat sekolah kebangsaan, ibu bapa memikul beban dengan beberapa bayaran seperti yuran peperiksaan, buku teks dan pakaian seragam. Anggaran perbelanjaan murid di sekolah rendah ketika itu ialah $217.50 sementara sekolah menengah $337.50 (Perangkaan Pelajaran Malaysia 1938-1967, DBP,1968).
Bilangan siswazah Melayu dalam bidang penting ketika itu amat rendah. Di Universiti Malaya, bagi 1969/70 siswazah Melayu dalam bidang sains 22 orang, bidang perubatan empat orang dan hanya seorang dalam bidang kejuruteraan.
Dalam buku Peristiwa 13 Mei terbitan Mageran merekodkan statistik orang Melayu dalam pekerjaan profesional hanya 19.2 peratus, sementara orang bukan Melayu 80.8 peratus.
Kesimpulannya, persepsi yang betul di kalangan pemimpin bukan Melayu terdahulu terhadap keadaan orang Melayu serta kefahaman mereka terhadap konsep ‘ketuanan Melayu’ menyebabkan semangat toleransi dan kerjasama tercipta dengan begitu erat di kalangan pelbagai kaum di negara ini.
DEB dapat diterima serta dilihat cara berkesan memenuhi semangat kontrak sosial yang bertujuan mewujudkan keharmonian, solidariti dan keselamatan masyarakat. DEB dilahirkan untuk mewujudkan keseimbangan dalam pengagihan ekonomi negara. Justeru, tidak salah semangat DEB diteruskan dalam Dasar Pembangunan Negara (DPN).
Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan.
Mohd Ayop Abd Razid
(dipetik daripada http://www.notashabery.com)
SINDIRELA : Dulu teman orang Melayu susah sangat nak naik kereta beso. Susah sangat nak naik kapal terbang, apa lagi nak makan-makan kat hotel. Alhamdulillah, sekarang ni teman yang orang Melayu kampung dah boleh dah duduk kat bandar besar. Inilah nikmat yang telah diberikan hasil DEB.
12/08/2008
KECEWA
5 haribulan yang lalu teman bercadang nak melihat Teater Muzikal Sinbad di Istana Budaya. Jadi teman beli tiket untuk teman dan ahli keluarga yang lain. Bila sampai kat Istana Budaya, teman tak sabar-sabar nak menonton teater muzikal yangmelibatkan 80 orang kanak-kanak dan seorang pelakon dewasa-Raja Azura.
Namun apabila tiba dipintu masuk, anak teman yang berumur 1 tahun 7 bulan tidak dibenarkan masuk. Menurut petugas IB, kanak-kanak dibawah 4 tahun tidak dibenarkan masuk. Teman pun hairan mengapa ada peraturan sedemikian. Bukan baru kali ini teman bawa anak teman ke IB. Lagi pun teater ni pun namanya teater muzikal kanak-kanak, so untuk kanak-kanak la. Teman pun jadi 'panas' hati. Teman terpaksa la tunggu kat luar dengan anak kecil teman. 15 minit kemudian, seorang kakitangan IB panggil teman. Dia kata boleh masuk tapi hanya kat bilik menunggu, dan kemudian bari dimasukkan ke dalam dewan. Teman pun ikut la....
Bila masuk ke dalam bilik menunggu tu, masyaAllah, bilik menunggu macam stor. Ada kerusi lama berhabuk di disimpan ditepi dinding, ada sampah di lantai. Tapi teman sabar. dah tunggu lama, teman dan anak teman tak dipanggil-panggil juga. Lalu teman ambil keputusan keluar dan bawa anak tidur kat kereta.
Persoalannya :
1. Apakah rasional anak-anak di bawah umur 4 tahun tak dibenarkan masuk. Kita pun tahu juga, kalau mereka menangis ke, boleh dibawa keluar.
2. Kenapa pula dipertengahan persembahan baru boleh bawa masuk? Inikan menggangu penonton yang lain.
3. Yang teman heran tu, ada pula petugas IB yang bawa masuk kawan atau sedara yang ada anak lebih kecil dari anak teman melalui pintu tepi (bukan pintu utama).
4. Teman fikir, pihak IB jagalah kebersihan dan sediakanlah bilik menunggu yang lebih selesa dan bersih. IB kan panggung bertaraf dunia...
5. Apa yang paling penting ialah layanan petugas IB. Janganlah terlalu serius. Cubalah SENYUM. Bukankah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dah kempen seluruh Malaysia agar Budi Bahasa tetap dijaga. Amalkanlah setiap masa dan di semua tempat.
SINDIR : Budi Bahasa Amalan Kita, Rosak Budi Runtuhlah Bangsa, Rosak Bangsa Runtuh Negara, Rosak Negara....mana nak tinggal?

Langgan:
Catatan (Atom)