9/25/2008

SELAMAT HARI RAYA

Teman gembira juga, mulai hari ni minyak turun seposen lagi. Alhamdulillah.
Senanglah orang macam teman ni dan yang sama waktu dengan teman yang nak balik kampung. Walau sedikit tapi ada juga manfaatnye.

Di kesempatan ni, teman nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua ummat Islam terutama para pembaca blog teman ni. Teman berharap agar semua yang nak balik kampung tu pastikan rumah yang akan ditinggalkan dalam keadaan selamat. Pesan kat jiran-jiran bila kita nak pulang kampung. Tolong tengok-tengokkan rumah. Kalau boleh jangan pesan je, hulurlah sedikit-sedikit apa yang patut. Kuih raye ke, angpau ke dsb.

Satu lagi dalam seronok-seronok tu, jangan lupa bayar zakat fitrah. Ingatlah mereka yang tidak senasib dengan kita. Sekurang-kurangnya dengan zakat yang tak sepertinya dapat menggembirakan mereka yang serba kekurangan.

Teman juga nak minta maaf kat semua pembaca blog sekiranya ada yang terguris hati dengan tulisan teman ni. Ini baru sedikit....maklumlah bulan posa. Tak boleh cakap lebih-lebih.

Anyway, selamat bergembira di bulan Syawal bersama keluarga yang tersayang. Bagi yang tak nak balik tu......baliklah. Ayah dan ibu sedang menanti di kampung. Mereka tak mengharapkan apa-apa selain kehadiran kita dan cucu-cucunya.(yang dah kahwin le).

SELAMAT HARI RAYA, MINAL AIDIL WAL FAIZIN.

9/08/2008

BONUS RAYA

Apa khabo? Tengah posa ni teman pun sebenornye tak larat nak menaip. Tapi tengah dok pikiak pasal hari raya, teman jadi semangat.

Orang gomen dah dapat bonus sebulan gaji. Setengah dapat bulan ni, setengah lagi dapat hujung tahun. Bertuahnye.......

Tapi apa yang teman kisahkan ialah mereka yang kerja swasta, yang tak de kerja dan yang tak berkenaan......he...he..

Ya le, harga barang dah naik. Walaupun minyak dah turun, harga barang lain tetap tak turun-turun. Macam teman ni, dulu masa harga minyak naik, pak lah umum petang, esok pagi tambang bas sekolah dah naik. Tapi bila Pak Lah dah umum harga minyak turun, sampai sekarang tambang tak berubah. Ini le nasib. Bak kata pepatah, kalau dah naik tak boleh turun.....macam beruang le pulak ye.

Apa pun teman harap, semuanye bersabar. Apa yang kita rasai ni ada hikmahnya. Jangan gelabah. Itu perbuatan orang yang tak beriman.

Apa yang penting bukan harga itu naik, harga itu turun. Yang lebih penting ialah adakah kita semakin bijak untuk mengatur langkah bagi meneruskan hidup. Dunia sudah berubah. Lantaran itu, kita juga patut berubah. Berubah dari segi fikiran, berubah dari segi kematangan, berubah dari segi penampilan, berubah dari semua segi.

Hari Raya ni janganlah belanja mengikut sesuka hati. Walaupun ada yang dapat bonus, tapi beringat-ingat. Raya memang setahun sekali. Tapi takkan kerana 2 hari menyambut hari raya dengan meriah, kita sengsara 363 hari lagi......

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA....

MAAF ZAHIR BATIN