Apa kabo? lama teman tak update laman ni. Maklum sibuk sikit hujung tahun ni. Teman nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua tak kiralah Tahun Hijrah atau Tahun Masehi. Apa yang teman lihat pada awal tahun ni, semua ibu bapa sibuk menghantar anak-anak ke sekolah. Yang lebih menggembirakan teman, yuran yang dibayar tidak membebankan ibubapa.
Ada yang bayar RM9.00 dan ada juga yang membayar serendah RM2.00. Bila teman tanya kat sekolah, mereka kata yuran untuk PIBG belum diputuskan. Selepas mesyuarat barulah diberitahu. Tapi apa yang merisaukan teman, janganlah selepas mesyuarat PIBG nanti, yurannya berlebih-lebihan pula dari tahun lalu. Kalau macam tu, samalah juga. Ibubapa yang berpendapatan kecil akan terus terasa terbeban.
Ditahun baru ini juga marilah sama-sama kita bermuhasabah diri. Apa yang tak elok tahun lalu tu tinggalkanlah. Apa yang baik diteruskan dan ditingkatkan lagi. Bagi yang kerja gomen tu, dah hantar PPT dan SKT ke? Yang peniaga pula dah semak akaun ke? Teman harap semuanya sukses tak kira apa pun posisi kita.
Tahun Baru Azam Baru Semangat Baru.......
Kita fikir-fikirkanlah ye......

0 komen:
Catat Ulasan