3/19/2009

PPSMI

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kini menjadi perdebatan pelbagai golongan. Semalam teman tengok Menteri Pelajaran dah berbincang dengan Datuk A. Samad Said. Elok je.

Teman minta kepada semua yang berkenaan, kita hari ini dihidangkan dengan bantahan dan tunjuk perasaan untuk membasmi PPSMI. Kata mereka ramai yang ingin memansuhkan PPSMI. Tapi teman tanya di sekolah sama ada murid atau guru, ramai yang bersetuju agar PPSMI diteruskan. Malahan mereka menginginkan agar ditambahbaik demi masa depan anak-anak kita.

Teman tengok orang yang dok membantah PPSMI ni kebanyakannya yang dah fasih berbahasa Inggeris. Kadang-kadang teman tengok mereka cakap dengan anak-anak meraka (terutama yang masih kecil 1-7 tahun) guna bahasa Inggeris konon tanda dah maju..... perkataan 'don't worry', 'sorry', 'excuse me', dan lain-lain sering digunakan. Mana dikatakan pejuang bahasa melayu ni.

PPSMI teman tengok banyak kebaikan daripada keburukannya. Bila Sains dan matematik diajar dalam Bahasa Inggeris bukan bermakna Bahasa Melayu dibelakangkan. Teman tengok dalam jadual waktu sekolah anak teman, lebih banyak masa subjek bahasa Melayu diajar berbanding subjek lain. Sekurang-kurangnya, bila Sains dan Math diajar dalam bahasa Inggeris, teman dan sekutu teman yang berasal dari kampung ni boleh berbangga bila anak-anak teman boleh berbahasa 'omputeh'. Kira macam dah setanding la dengan orang kota raya.

Jadi, teman sarankan janganlah kita membuang masa memikirkan cara nak memansuhkan PPSMI ni. Sepatutnya kita sama-sama memikirkan bagaimana cara untuk menambaik sistem yang telah dilaksanakan selama 7 tahun dengan memikirkan formula agar bahasa Melayu (bahasa Ibunda) tidak terhakis.

(Teman : selalu cakap 'broken english' dengan anak teman yang umur 2 tahun, konon bila besar dia boleh cakap 'omputeh')

Tiada ulasan: